Pages

Monday, September 15, 2014

Otak-otak daun kaduk

This is my late grandma's recipe. It is one of my favorite dishes. After so many years, i managed to do it myself. Hubby cakap sedap!

Ni resepinya. Insya  Allah sedap.

Otak-Otak
A 1 ulas Bawang besar
3 ulas Bawang putih
3-4 ulas bawang merah
5 cili hidup
1 inci kunyit hidup
¼ inchi lengkuas
3 batang serai
3-4 biji buah keras
sedikit belacan jintan manis


B
Santan perahan pertama dari 1 biji kelapa
1 keping asam keping

C
3 biji telur
3 keping ikan tenggiri

Daun kadok Daun ketumbar – di hiris halus-halus
Daun limau purut- di hiris halus-halus
Daun kunyit- di hiris halus-halus
Daun ubi – di rebus dan dibuang air rebusan (saya tak pakai daun ubi)
Daun pisang untuk dibungkus


Mesin bahan-bahan A . Apabila halus, campur dengan bahan-bahan B dan masak diatas api.
Masuk separuh dari hirisan daun kunyit, daun ketumbar dan daun limau purut.
Kacau selalu supaya santan tidak berminyak..
Selepas 10 minit masukkan ketulan ikan dan masak selama 5 minit sambil dikacau selalu.

Angkat isi ikan detempat yang berasingan dan biarkan kuah masak diatas api hingga pekat sambil dikacau selalu. Isi ikan diperisi dari tulang dan kulit.

Susun daun kaduk dan daun ubi didalam bekas kukusan atau sarung daun pisang dan letakkan isi ikan diatas daun.

Kuah yang telah pekat di biarsejuk seketika. Kemudian dicampur dengan telur yang telah dipukul.

Cedok kuah campuran telur keatas isi ikan dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Kukus hingga masak selama 20 minit.




1 comment: